Pemilik Kedai Halau Gelandangan Yang Minta Makanan, Tapi Rupa-Rupanya Gelandangan Itu Ialah..!








setiap manusia mempunyai kehidupannya masing-masing. Ada yang mewah hidupnya, cukup makan dan pakai, ada pula yang hidupnya serba serbi kekurangan, sebagai contoh gelandangan. Gelandangan merupakan sebuah kelompok kecil yang kurang bernasib baik.
Kalau dilihat secara terperinci, hidup mereka sebelum ini sebenarnya senang, tetapi mungkin kerana kesilapannya yang sedikit, membuatkan mereka tersasar sehingga ke hari ini.
Seperti kisah yang dikongsikan di media sosial, Muhammad Danial Abdullah, beliau telah memuat naik video serta beberapa keping gambar bersama gelandangan di Kuala Lumpur. Melalui perkongsiannya itu, dia meluahkan rasa kagum terhadap kehidupan gelandangan ini, di mana walaupun mereka susah tetapi mereka masih memikirkan orang lain

Syukur, hari ini saya dapat satu pengajaran yang amat berharga daripada seseorang yang tak pernah saya duga”
Danial bekerja di sebuah kedai yang terletak di Jalan Tiong Nam berhampiran dengan Jalan Chow Kit. Di kawasan kedainya itu, memang sudah terkenal dengan kaki botol, kaki paw serta gelandangan.
“Hari-hari saya diganggu oleh mereka dengan memasuki kedai saya, meminta wang dan rokok, dengan bau alkohol yang kuat dan cara yang sangat kasar”
Ketika dia sedang ralit dengan kerjanya, kedainya dimasuki oleh beberapa gelandangan berwarga India. Dek kerana dia sudah biasa berhadapan dengan orang seperti ini, dia terus menghalau gelandangan itu keluar dari kedainya. Tetapi salah seorang daripada mereka sempat memintanya untuk menghubungi Ambulancekerana kawannya yang muntah darah akibat terlalu banyak meminum arak. Tetapi Danial masih tetap menghalaunya.

“Dia kemudian menangis meminta tolong untuk call ambulance. Ada seorang perempuan cina datang membantu dengan menghubungi ambulance“
Setelah lihat mereka benar-benar dalam kesusahan, Danial menyesal kerana menghalau mereka tadi. Lantas dia keluar untuk meminta maaf.

Kata Danial, salah seorang daripada gelandangan itu, Raj, merupakan seorang pemuzik. Dia ditinggalkan isteri dan anak-anak, manakala ibunya di kampung masih tidak tahu kehidupannya sebagai seorang gelandangan di ibu kota ini.
“Mak dia hidup lagi di Melaka, setiap kali contact dengan mak dia, dia kata kehidupan dia di sini baik-baik sahaja”


Ketika mereka sedang sibuk berborak, tiba-tiba datang seorang warga Indonesia, memberikan makanan kepadanya. Apa yang mengejutkan, dia tidak terus makan makanan itu, tetapi meminta diri untuk pulang, untuk membahagikan makanan yang baru sahaja dia dapat itu, untuk berkongsikan dengan rakan-rakannya.
“Paling saya terkesan, walaupun hidup uncle Raj hanya dengan membawa satu tote beg, dia masih fikirkan untuk mengagihkan sebungkus makanan yang dia dapat tadi. Apakah aku serba cukup ini sanggup menghalau seseorang keluar dari kedai hanya kerana dia seorang homeless?”
Ada sebab sebenarnya mereka memilih untuk menjadi gelandagan. Siapalah kita nak menghukum mereka sesuka hati? Harap dengan kisah ini, dapat buka minda kita untuk terima orang-orang seperti mereka..
sumber:ceritaviral




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Pemilik Kedai Halau Gelandangan Yang Minta Makanan, Tapi Rupa-Rupanya Gelandangan Itu Ialah..!"

Post a Comment