Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa cabul seorang penunggang
motosikal, sebelum berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh orang
awam. Menurut wanita yang memuat naik kejadian itu di Facebook, suspek
berjaya ditahan dan dipukul sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk
tindakan selanjutnya.
Difahamkan, mangsa telah didatangi suspek yang berpura-pura bertanya
tentang alamat sebelum mengugut menikam mangsa dengan pisau dan
mencabulnya. Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen dan orang
ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak
bermain di luar rumah tanpa sebarang pengawasan orang dewasa.
SEMALAM selepas solat
Isyak, ada seorang kawan suami datang ke rumah. TIba-tiba suami ajak
kami pergi ke satu lokasi. Sampai di situ, nampak suami dan tiga orang
kawannya berada di luar kereta menyoal seorang lelaki. Saya nampak dia
berdiri sambil memegang sehelai kertas. Tiba-tiba dia terajang lelaki
itu sampai termasuk ke dalam longkang belakang lelaki itu. Dia menjerit
suruh lelaki itu bangun sendiri.
Selama menjadi isteri, tak pernah melihat kemarahan dia memuncak seperti
itu. Tangan lelaki yang saban hari membelai anak, mendukung anak. Saya
betul-betul tak sangka dia boleh jadi seperti itu.
Kemudian sebuah kereta peronda tiba dan lelaki itu diserahkan kepada
pihak polis. Saya nampak ada seorang lelaki dan seorang budak perempuan
kecil berdiri berdekatan suami. Beberapa kali suami belai kepala budak
kecil itu.
Masuk ke dalam kereta, mata suami merah berkaca. Nampak seperti dia baru
selepas menahan menangis dan marah. Saya perlahan-lahan bertanya pada
dia. Sebenarnya takut sebab ini kali pertama saya melihat suami seperti
ini. Dia cuma minta maaf sebab apa yang saya nampak.
Saya tanya kenapa dan dia beri gambar laporan polis yang dia ambil tadi.
Dia suruh saya baca sehingga habis. Sampai di hujung laporan itu ada
ayat, "suspek memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut Noor (bukan nama
sebenar) dan menarik rambutnya beberapa kali serta mengugut akan menikam
dengan pisau kalau Noor menjerit."
Suami cerita, petang semalam Noor bermain di depan kawasan rumah bersama
kawan-kawannya. Kemudian ada seorang penunggang motosikal datang dan
berpura-pura bertanya tentang alamat rumah. Kemudian lelaki itu
mempelawa Noor mengikut dia pergi ke kedai. Tetapi Noor tak nak, sebelum
lelaki itu memberitahu dia ada pisau dan mahu menikam Noor.
Jadi, dia bawa Noor ke kawasan sunyi dan Noor turun dan motosikal dan
lari. Dia kejar dan tarik rambut Noor, buka seluar dan masukkan.. Maaf,
saya dah tak boleh sebut lagi.
Kemudian Noor lari lagi dan sampai satu gerai makan dia menjerit. Dia
panik dan kata dia diculik. Seorang lelaki India yang ada pada malam itu
kemudian membawa Noor pulang ke rumahnya. Sementara itu pencabul itu
telah melarikan diri.
Demi Allah, luluh hati saya bila baca. Macam nak menjerit, patutlah
suami saya mengamuk tadi. Kelu lidah saya. Umur Noor lapan tahun dan dia
merupakan adik kepada kawan suami saya. Saya nampak Noor dia saja
sepanjang malam tadi.
Hati-hati wahai ibu bapa. Kejadian seperti ini boleh berlaku di
mana-mana. Jangan lela dan jangan lalai.Sedikit terleka, banyak masalah
yang boleh terjadi. Adik kawan suami ini selamat sebab ada seorang
pemandu lori yang membantu.
Suami kata Noor masih panik lagi dan tidak mampu mengingati semula
situasi kejadian. Jadi, perlu ambil masa. Dan yang paling saya sedih
bila suami kata kejadian itu mungkin akan menberikan kesan jangka
panjang kepada mangsa.
Saya faham. Suami kata dah lama sangat masyarakat kita berlembut dalam
hal ini. Dia cuma rasa seperti ada raksasa yang mahu keluar dari
badannya apabila dia membaca laporan polis itu. Saya sendiri akan naik
hantu jika berada di kejadian itu. Saya cuma dengar suami menjerit
sebelum dia terajang pencabul itu.
"Trauma budak itu siapa nak tanggung, bodoh! Kalau dah sangap sangat,
pelacur melambak di luar sana! Bukan kau rosakkan emsoi budak ini!"
Dia cuma kata pada saya pagi tadi. Dia ada anak perempuan yang perlu
dilindungi dan semua ayah yang ada dalam dunia ini akan melakukan hal
yang sama kepada lelaki itu sebab 'raksasa' ada dalam badan setiap
lelaki.
Jaga anak kita. Ini bukan cerita tahun lepas, ini cerita semalam.
Mudah-mudahan Allah melindungi anak dan keluarga kita serta diri kita
dari kejahatan jin dan manusia. Amal tiga Qul, fahami makna dan amalkan,
baru anda faham.
Sumber: Intan Huzaifah Haniff
0 Response to "'Dia kejar dan tarik rambut Noor, buka seluar dan masukkan..' - Kanak-kanak diugut bunuh dan dicabul "
Post a Comment