SHANGHAI – Minggu lalu, seorang lelaki bernama Zhou Hai, 22, datang
ke sebuah hospital di Shanghai mengadu rasa sakit luar biasa di
perutnya.Doktor yang memeriksa lelaki itu mengatakan memang
melihat perut lelaki itu sangat besar sehingga ada saksi mengatakan
perutnya kelihatan seperti seorang wanita yang sedang hamil.
Doktor juga mengatakan, Zhou Hai kelihatan mengalami masalah untuk bernafas dan tidak henti-henti mengerang kesakitan.Menurut Zhou kepada doktor, rasa sakit di perutnya mula terasa tiga hari lalu, perutnya jadi bertambah besar dan kini dia tidak berupaya menahan sakit lagi.
Setelah melakukan pemeriksaan, doktor menyatakan Zhou menderita penyakit yang dipanggil megacolon, di mana usus besar seseorang menjadi lebar sehingga mengakibatkan pergerakan usus terhenti.
Doktor turut dimaklumkan bahawa Zhou menderita sembelit atau sukar buang air besar sejak kecil sehingga seumur hidup dan Zhou sangat bergantung kepada ubat pelawas.Kedua-dua ibu bapa Zhou tidak menganggap masalah ini serius hingga menjadi masalah besar ketika lelaki itu dewasa.Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan dan selepas tiga jam pembedahan mereka berjaya menyelamatkan nyawa Zhou.
Doktor terpaksa memotong usus besar Zhou sepanjang 76 sentimeter. Dan di dalam perut itu terdapat seberat 13 kilogram najis, jadi tidak hairan mengapa Zhou mengalami rasa sakit yang luar biasa.
Doktor mengatakan penyakit yang dialami Zhou sejak lahir ini disebut sebagai hirschprung yang berlaku apabila hilangnya saraf di usus besar yang membuat organ itu gagal mengecut dengan normal. Hasilnya, najis yang ada di dalam usus tak boleh dikeluarkan secara semula jadi.
Sumber: sehinggit.com

0 Response to "Lelaki Mengadu Sakit Perut Luar Biasa. Apa Yang Doktor Keluarkan Dari Perut Lelaki Itu Sungguh Mengejutkan!"
Post a Comment