“Terima Kasih Kerana Buka Aib Saya…” – Syura Peserta Gegar Vaganza 4








Masihkah Anda Ingat Tentang Kisah RumahTangga Syura Badron, beliau pernah menyatakan bahawa dia tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkaitan masalah rumahtangganya, namun tindakan bekas suaminya, Mohd. Fadhly membuka mulut membuatkan dia terkilan dengan perkara tersebut. Dengan Nada KECEWA “Terima Kasih Kerana Buka Aib Saya…” – Syura“Puncanya (bercerai) biar kami sahajalah yang mengetahuinya, tidak perlulah dihebahkan untuk pengetahuan umum kerana banyak aib wajib dijaga. Itulah, saya nak ‘berterima kasih’ sangat-sangat kepada bekas suami kerana mula membuka aib rumah tangga sendiri”“Saya diam bukan untuk mengiyakan atau menafikan tetapi tidak mahu memalukan mana-mana pihak. Apatah lagi keluarga bekas suami adalah saudara saya sendiri kerana Fadhly merupakan sepupu rapat. Kalau saya mula bercerita, bukan sahaja dia, tetapi seluruh keluarga kami akan terasa kesannya”“Biarlah saya pendam sahaja demi menjaga kebaikan semua,” jelas Syura.


Tambahnya, sama ada dia menjawab ya atau tidak mengenai dakwaan suaminya bahawa dia berubah selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti itu, perkara tersebut tidak akan mengubah apa-apa.Bagaimanapun, hubungan mereka anak beranak berjalan seperti biasa malah menurut Syura, dia tidak pernah berkira untuk menghadkan sebarang tempoh waktu malah kadang-kala Fadhly yang menjaga mereka ketika dia berada di luar kawasan.Kenyataan Fadhly itu mengundang kritikan orang ramai terhadap Syura dan mendakwa selebriti itu senang melupakan susah payah bersama bekas suami demi mengejar populariti.

Hal ini juga mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada yang tidak mahu mendengar cerita disebelah pihak sahaja menuntut agar Syura juga tampil memberikan penjelasan lanjut.Namun, Syura ketika dihubungi pihak media berkata beliau masih lagi serabut dan terganggu dengan kenyataan Fadhly dan akan menjelaskan cerita sebenar selepas beliau tenang.Maaf, saya tengah serabut sekarang ini terhadap tuduhan bekas suami saya. Berikan saya masa untuk bersendirian. Insya-Allah saya akan tampil memberikan jawapan.Mungkin kenyataan Fadhly sedikit sebanyak memberikan impak kepada Syura, apa-apa pun kita tunggu pula jawapan daripada Syura dan ketahui perkara sebenar. Kalau iya masih ada timbul rasa tidak puas hati selepas bercerai, lebih elok bertemu empat mata dan bincang elok-elok.Masih Sayangkan Isteri, Bekas Suami Dedah Syura Desak DiceraikanSyura mendedahkan telah diceraikan buat kali kedua namun enggan mengulas punca sebenar perpisahan tersebut.

PETALING JAYA: “Saya masih sayangkan Syura.” Empat patah perkataan itu jelas menggambarkan perasaan sebenar Mohd Fadhly Md Yassin terhadap bekas isterinya itu.Mohd Fadhly, 35, mendedahkan dia tidak pernah mengabaikan isterinya itu sebaliknya Syura mula berubah sikap selepas menjuarai program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.Dalam satu pendedahan eksklusif kepada mStar Online Mohd Fadhly berkata, rumah tangga mereka tidak pernah aman selepas kembali bersatu sebagai suami-isteri apabila mahkamah mengesahkan lafaz yang dibuatnya pada 10 November 2014 sebaliknya Syura mendesak agar dia diceraikan.“Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya.“Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati.,” katanya kepada mStar Online.Fadhly mengakui masih sayangkan bekas isterinya.Mohd Fadhly berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Syura yang mengakui telah diceraikan kali kedua

namun enggan mendedahkan punca mengenai kejadian tersebut.Pemuda berkenaan memberitahu mereka bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Ogos tahun lalu.Terdahulu pasangan berkenaan pernah bercerai pada kali pertama pada 29 September 2014 sebelum Mohd Fadhly mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.Tambah Mohd Fadhly, kenyataannya ini bukan ingin memburuk-burukkan bekas isterinya itu sebaliknya mahu menerangkan salah faham yang berlaku berhubung kenyataan Syura baru-baru ini.Dalam pada itu, Mohd Fadhly yang merupakan seorang guru berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi memujuk bekas isterinya untuk kembali hidup bersama namun usahanya gagal.

Fadhly bersama anak-anaknya pada hari konvokesyennya selepas tamat pengajian di Institut Perguruan Tun Hussein Onn pada 7 Disember lalu.Mohd Fadhly dan Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 29, berkahwin pada 29 Mac 2006 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 9, Nurul Qaisara Sofia, 7 dan Muhammad Irfan Aryan, 5 tahun.Ikuti temubual eksklusif mStar Online bersama Mohd Fadhly berhubung kemelut rumah tangganya dengan bekas isterinya itu.Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk yang dibuat anda terhadap Syura pada 10 November 2014, bagaimana hubungan dengan Syura?Seperti yang diketahui, Syura tidak bersetuju dengan rujuk berkenaan dan selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk itu keadaan rumah tangga kami tetap sama seperti sebelumnya.Syura tetap enggan kembali kepada saya dan menegaskan mahu bercerai kerana sudah tidak ada rasa cinta dan sayang terhadap saya.Sebelum bercerai buat kali pertama pada September 2014, boleh anda kongsi apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga anda?Perkahwinan kami sebelum itu seperti kebanyakkan pasangan biasa lain dan pandangan mengatakan masalah rumah tangga kami berlaku selepas Syura menjuarai program Masterchef, saya sendiri pun tidak pasti.Kami mengambil keputusan untuk berpisah buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada diri masing-masing namun dia minta saya ceraikan dia selepas beberapa bulan tinggal berasingan.Apabila saya tanya sebab, dia cuma beritahu sudah tidak cinta atau sayangkan saya lagi.Jadi benar dakwaan mengatakan sikap lupa diri Syura selepas menjuarai program Masterchef yang disebut-sebut sebelum ini sebagai punca keruntuhan rumah tangga anda
berdua?Terlalu banyak spekulasi yang saya dengar berhubung punca perpisahan kami termasuk kononnya Syura ada orang ketiga tetapi saya sendiri tidak pasti kerana Syura berteka-teki mengenainya.Saya pernah bertanya sendiri dengan bekas isteri tetapi dia tegaskan itu bukan sebabnya cuma sudah tidak sayangkan saya.Terlalu rumit untuk saya ceritakan tentang punca sebenar dan biarlah ia menjadi rahsia di antara saya dan Syura.Anda pernah rasa menyesal berpindah ke Kuala Lumpur demi kerjaya Syura sehingga berlakunya perceraian ini?Ada terdetik dalam hati jika kami tidak berpindah ke sini mungkin ini semua tidak terjadi tetapi sebagai seorang Islam saya percaya ia kententuan daripada-Nya dan saya redha dengan dugaan yang melanda rumah tangga kami.Keputusan berpindah pun adalah kerana saya menyokong kerjayanya dan mahu lihat Syura kembali aktif dalam bidang seni kerana dia mempunyai bakat besar.Banyak pengorbanan yang dilakukan untuk saya sebelum ini dan keputusan perpindahan itu adalah pengorbanan saya pula untuk dia.Insya-Allah ada hikmah disebalik semua kejadian ini yang mungkin belum saya atau Syura rasainya.Apa yang membuatkan anda tidak berputus asa memujuknya dan mahu kembali hidup sebagai suami-isteri?Selain masih sayangkannya dan memikirkan anak-anak, ada dua perkara membuatkan saya tidak berputus asa memujuknya.Alhamdulillah, semasa kelahiran ketiga-tiga anak kami, saya dapat masuk ke dewan bersalin dan menyaksikan sendiri dia bertarung nyawa untuk memberikan saya zuriat.Detik itu saya tidak pernah lupa dan ia adalah pengorbanan terbesar dia untuk saya. Bagaimana saya boleh lupakan begitu sahaja?Sejak kami berkahwin dia sanggup meninggalkan kerjayanya dan hidup susah senang bersama saya. Itu juga faktor mengapa saya tidak pernah berputus asa terhadapnya sehingga saat ini.Anda masih meletakkan harapan untuk Syura kembali ke pangkuan anda?Ramai yang mengatakan saya harus teruskan hidup dan tidak berharap lagi kepada orang yang tidak sudi dengan kita tetapi ya, saya masih berharap dan letak harapan Syura akan kembali kepada saya.Hidup saya kosong tanpa Syura dan anak-anak kami dan saya rindukan saat kami bersama, biarpun tidak mewah tetapi kami gembira.Mungkin dia perlukan masa dan setakat ini saya masih menanti. Sampai bila? Saya sendiri pun tidak tahu.Bagaimana dengan penerimaan anak-anak?Mereka semua masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku di antara kami cuma anak sulung saya mula boleh faham situasi kami.Anak-anak sekarang semua tinggal bersama Syura dan saya hanya mengambil mereka pada hujung minggu. Setakat ini soal anak tiada masalah dan keutaman kami adalah mereka semua.Bagaimanapun saya berhasrat jika di izinkan Allah saya ingin anak-anak tinggal bersama saya kerana hidup saya kosong tanpa mereka tambahan pula kini saya tinggal seorang diri di Kuala Lumpur.Sebagai bapa, saya ingin memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka dan saya sedang berusaha memperbaiki kehidupan sendiri kerana kekuatan saya adalah anak-anak. Ini adalah dugaan buat saya dan Insya-Allah ada hikmah disebalik kejadian.Jika tidak kerana perkahwinan, anda dan Syura masih ada ikatan keluarga. Bagaimana pula penerimaan mereka?Ya, biarpun telah bercerai kami masih sepupu dan Alhamdulillah hubungan antara keluarga tiada masalah dan kami tidak melibatkan mereka dalam masalah kami.Bagiamanapun saya ada meminta nasihat dari keluarga saya dan mertua tentang situasi kami dan mereka hanya menasihati dan enggan campur tangan.Apa harapan anda pula untuk Syura?Saya harap keputusan yang dia ambil ini dapat memberi ruang kepadanya memperbaiki diri selain mengejar impiannya yang mungkin ada tidak dapat dilaksanakan atau tertangguh sebelum ini.Saya sayangkan dia. Saya tidak mahu lihat dia tersalah langkah dan mahu lihat dia berjaya dalam karier dan hidupnya.Jagalah diri dengan baik dan sentiasa ingat kepada Allah. Saya sentiasa menanti dia kembali kepada saya. Sumber : Mstar & BuletinMedia via Keramatviral


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "“Terima Kasih Kerana Buka Aib Saya…” – Syura Peserta Gegar Vaganza 4"

Post a Comment