Hanya dikenali sebagai Xu, dia memberitahu doktor di Wuhan, Hubei bahawa dia telah pun mengalami masalah tersebut selain matanya yang kemerah-merahan sejak dua tahun lalu namun mendakwa bahawa dia cuba membiasakan dirinya dengan keadaan tersebut.
Katanya lagi, sepanjang dua tahun tersebut dia hanya mengambil ubat titik mata sahaja bagi mengurangkan masalah keradangan yang ia hadapi di bahagaian matanya itu.Namun, keadaan menjadi semakin teruk apabila dia mendapati terdapat seolah-olah kotoran pada bahagian kelopak mata hingga menyebabkan bulu matanya bercantum dan menyukarkannya untuk membuka mata.
Apabila disoal kembali oleh doktor mengenai penjagaan kebersihan, Xu mengaku bahawa dia menggunakan sarung bantal yang sama dan tidak pernah dibasuh sejak tahun 2012 lagi.
Doktor kemudian bertindak memeriksa secara lebih teliti pada bahagian kelopak mata dan membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati terdapat lebih daripada 100 parasit pada bulu matanya.
Malah, media di negara tersebut turut melaporkan bahawa 1 bulu mata wanita tersebut didiami oleh 1 koloni 10 parasit.Doktor kemudian menjelaskan bahawa parasit tersebut berjaya membiak hingga ke tahap berbahaya pada bulu mata wanita tersebut disebabkan kombinasi faktor menggunakan sarung bantal yang tidak pernah dibasuh dan kurannya aliran pengudaraan di dalam bilik wanita ierbabit.
Menurut doktor yang memeriksanya, wanita itu telah didiagnosis dengan masalah Blepharitis dan Conjunctivitis, keradangan pada bahagian kelopak mata dan mata. Wanita tersebut bagaimanapun dilaporkan berjaya sembuh setelah menjalani rawatan di hospital.
Menurut kajian, terdapat dua spesis parasit yang biasa di temui pada manusia iaitu Demodex folliculorum dan Demodex brevis dimana kajian tersebut juga mendapati hampir semua orang dewasa pernah dijangkiti parasit tersebut.
Sumber : Daily Mail
0 Response to "Tak Pernah Basuh Sarung Bantal Selama Lima Tahun, lihat apa yang terjadi sangat mengerikan"
Post a Comment