Rupa2nya Ini Yang Dilakukan Jong Hyun Sebelum Bunuh Diri








Semalam viral di media sosial apabila penyanyi K-Pop yang terkenal bunuh diri di kediamannya di Gangnam, Seoul. Anggota boyband SHINee, Jonghyun, ditemukan meninggal dunia pada waktu petang. Berita ini mengejutkan peminatnya di seluruh negara yang rata-ratanya berduka cita atas kematian penyanyi ini.
Namun sebelum kejadian yang menimpa dirinya, dia telah melaporkan diri ke balai polis. Ini yang berlaku di sebalik kematiannya.
Tinggalkan mesej bunuh diri kepada kakak

Menurut laporan The Fact, sebaik sahaja polis menemui Jonghyun, dia segera dibawa ke hospital namun tidak dapat diselamatkan. Polis di Gangnam juga ada memberitahu kakak penyanyi ini ada membuat laporan berkenaan adiknya yang mahu membunuh diri.
Pada 18 Disember pukul 16.42, kakak Jonghyun melaporkan kepada polis bahawa adiknya ingin membunuh diri
Kami pergi ke kediaman Jonghyun di Chungdam dan mendapati dia cuba mengakhiri hidupnya dengan menyalakan briket arang batu dalam kuali. Pasukan perubatan yang datang bersama polis segera membawa Jonghyun ke Hospital Universiti Konkuk. Media di Korea Selatan memberitahu Jonghyun ada meninggalkan mesej bunuh diri kepada kakaknya sebelum kejadian.
Maklumat kematian

Berikut merupakan maklumat berkaitan kematian lelaki bernama lengkap Kim Jong-Hyun ini.
1. Dilahirkan pada 8 April 1990 di Seoul, Korea Selatan
2. Meninggal dunia pada umur 27 tahun
3. Ditemui tidak sedarkan diri di sebuah apartmen di Gangnam-Gu, Chungdam-Dong, kemudian dia segera dibawa ke hospital, tetapi tidak dapat diselamatkan
4. Agensi penyelenggara SHINee, SM Entertainment, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kematian mendadak Jonghyun
Sumber : Koreaaboo

Gempar!Jonghyun SHINEE Disahkan Meninggal Dunia, Adiknya Kongsi Nota Bunuh Dirinya Buat Ramai Peminat Sedih!!

Bagi peminat Kpop pasti kenal dengan group yang memulakan fenomena Kpop di dunia sekarang. Contohnya seperti Super Junior, SHINEE, Big Bang, Wonder Girls dan juga 2NE1.
Banyak berita pembubaran ahli kumpulan tetapi tidak sesedih dengan berita kematian Shinee, Jonghyun ini. Min pun rasa tak percaya dengan berita ini.
Jonghyun ditemui tidak sedarkan diri di apartmentnya, sehinggalah pihak polis mengesahkan dia telah meninggal dunia akibat racun karbon monoksida.
Hal ini terjadi apabila Jonghyun membakar briket arang batu di kuali dan menyebabkan karbon monoksida terhasil dan menurut siasatan polis inilah punca kematiannya.

Briket arang batu adalah sejenis karbon monoksida dimana popular di kalangan timur Korea untuk digunakan sebagai bahan bunuh diri.
Tindakan Jonghyun dikatakan kerana tekanan atau depresi yang teruk, posting Instanya sebelum ini juga menunjukkan emosinya yang sedih dan kelihatan sedih.
Adiknya juga mengesahkan berita kematian abangnya kerana bunuh diri. Sebelum membunuh diri, Jonghyun sempat menhantar nota bunuh diri yang berbunyi..

“Ianya sangat susah bagi saya sehingga sekarang, tolong lepaskan saya pergi dan tolong beritahu yang saya sudah bekerja keras, selamat tinggal untuk kali terakhir..”
Selepas menerima teks itu, adiknya memaklumkan kepada pihak polis bahawa abangnya ingin membunuh diri sehingga pihak polis sampai ke apartmentnya di Chungdam dan menemui kuali yang berasap dengan briket arang batu, sekaligus menandakan abangnya sudah membunuh diri.
Sumber: Koreaboo, Hot Detik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Rupa2nya Ini Yang Dilakukan Jong Hyun Sebelum Bunuh Diri"

Post a Comment