Sebut sahaja kak KM pastinya semua orang kenal seorang wanita
berbangsa melayu yang tiada maruah selalu ‘belanja’ aset tua di media
sosialSetiap kali beliau upload video-video aksinya tersebut pasti dikecam
habis-habis oleh netizen. terbaru sebuah video daripadanya belanja aksi
terlampau di media sosial ‘Saya bangga dengan mereka’
ANDA pasti pernah menonton video tular Kak Mawar yang cukup mengghairahkan, bukan? Baik gaya percakapan sehinggalah aksi spontannya, mungkin ada antara anda yang sakit mata.Jika ditelek satu persatu komen netizen, pasti geleng kepala dibuatnya. Membaca betapa kejamnya ‘hukuman’ yang dilontar di sebalik papan kekunci, hati ini turut simpati.
Malah pasti anda semua tahu Kak Mawar atau nama sebenarnya Liana Rosli merupakan anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri. Ya, ibu yang melahirkan anak yang dikecam dan dihina segelintir pihak.Tiada kata-kata yang lahir dari mulut pelakon hebat itu tatkala persoalan tersebut ditanya. Mulutnya terbungkam, raut wajahnya tersurat perasaan sedih yang hanya dia seorang memahami.
Jauh di sudut hatinya, setiap kecaman dan kritikan yang datangnya umpama ‘peluru’ terhadap anak-anaknya cukup mengguris hati. Ibu mana yang sanggup melihat anak-anaknya dikecam sekejam itu.
Dikecam sebagai ibu yang tidak pandai menjaga anak dan lepas bebas, jiwanya bagaikan ditoreh berkali-kali. Apa salah saya? Itu persoalan yang sering kali terbit di sudut hatinya.
“Anak-anak adalah anugerah teragung Tuhan. Jangan sedap mengherdik dan menghina mereka. Apa pun mereka buat, jika anda sakit hati sekalipun usah lontar kata-kata berlapikkan kebencian.“Saya kenal anak-anak saya. Baik buruk mereka, saya tahu. Hati ibu mana yang sanggup membaca komen menghina seperti itu. Jangan menilai mereka hanya dengan media sosial.
“Saya menangis apabila anak-anak diperlaku begini. Ada juga yang kata saya tak pandai jaga anak? Jika mak anda pandai sangat jaga anak, kenapa kalian boleh menghina orang sebegitu kejam?” tegasnya.Tidak sesekali dia terlintas untuk menyalahkan anak-anaknya kerana masing-masing sudah besar panjang. Namun dia sering kali menasihatkan mereka untuk mengawal tiap laku dan kata-kata.
Mengakui tertekan dengan pandangan sinis masyarakat, pelakon berusia 63 tahun ini mengambil keputusan untuk tidak lagi membaca komen-komen negatif yang dilempar oleh netizen.
“Tipulah kalau saya tidak marah. Saya selalu memberi nasihat, jangan terlampau dalam melakukan sesuatu. Anak-anak dengar dan amalkan. Cuma kalau bab Liana, itu memang perangai dia, spontan dan menghiburkan.“Nak cakap apa, cakaplah. Yang penting, kami sekeluarga bahagia. Saya bangga dengan anak-anak. Kami memang cukup rapat. Tak suka tak mengapa, kita fokus kepada yang suka sahaja.“Menasihati itu ada caranya, bukan mengherdik. Kita tidak mungkin dapat tutup mulut orang. Tertekan juga mula-mula tapi lama-lama anak-anak tak bagi (lagi) saya baca komen negatif. Biarkan sahaja,” katanya.
Lagi orang kutuk, lagi saya popular
Pelik sebenarnya apabila ramai yang mengutuk seorang lagi anak Normah, Ahya Rosli. Peribadinya ramah dan sopan santun. Jadi mengapa dia sering kali dijadikan sasaran?Adakah mungkin kerana dia terlalu obses dengan diri sendiri menyebabkan ramai yang muak melihatkan gambar-gambar seksinya? Atau ada sebab-sebab lain yang mencetuskan kontroversi?
Isu nama kedainya, Kelentit Rindu dahulu pernah mengundang kecaman ramai. Namun dia langsung tidak pernah ambil kisah. Baginya, orang kita terlalu sensitif terhadap sesuatu isu.“Kalau tak kenal saya, kenapa sibuk cakap yang bukan-bukan? Ramai yang mengakui seronok berkenalan dengan saya jadi kawan-kawan ramai pelik apabila orang cakap saya sombong dan berlagak.
“Saya sebenarnya sangat mudah didekati. Apabila berdepan isu-isu seperti ini, saya hanya tergelak. Kenapa orang sanggup buang masa kecam orang? Kenapa perlu ada haters (pembenci)?” katanya.
Bakal tampil dengan single pertamanya, Puasa tidak lama lagi, Ahya menganggap hinaan dan kecaman hanyalah permainan dunia media sosial. Baginya, apabila penat, pandailah netizen berhenti.
Tidak pernah mengambil serius dengan kecaman, yang penting adalah perasaan ibunya. Kutuklah saya, bukan Mama. Itulah antara ayat yang acap kali diulang apabila disoal.
“Media sosial ini jangka masanya tidak lama. Jika kena hack, kita buat baharu. Jadi saya tidak kisah kalau ada yang kutuk pun, kadang-kadang (daripada) akaun palsu yang sengaja dicipta.“Lagi orang kutuk, lagi rezeki saya mencurah-curah. Tambah populariti adalah. Jadi saya tidak menganggap itu sebagai penghalang sebaliknya memudahkan jalan untuk saya kekal dalam industri seni.“Mama sudah mengajar kami menjadi insan yang berguna. Jangan kutuk, kecam atau pertikai Mama saya.
“Saya dan keluarga perlu sentiasa positif, kalau layan negatif orang nanti kita down (sedih),” katanya.
Ada aku kisah? Janji produk laku
Mungkin ramai yang memandang sinis lawak yang dipamerkan Liana Rosli atau popular dengan gelaran Kak KM. Namun bersua bicara dengan wanita ini, dia memang seorang yang cukup kelakar dan peramah.Langsung tiada ciri-ciri menjelikkan atau mengundang rasa marah. Setiap kata yang luncur keluar dari mulutnya pasti mengundang tawa. Jadi mengapa dia sering dijadikan sasaran?
Kerana masyarakat kita menilai seseorang hanya melalui laman sosial. Yang baik dipamer itu yang dipuji tapi jika kita menjadi diri sendiri, ‘peluru’ hinaan singgah tiada berhenti.
Mengakui ada benarnya kenyataan itu, bagi Liana, dia tidak kisah jika ada yang benci kepadanya. Orang boleh kutuk dia, orang boleh caci dia namun yang penting perniagaannya berjalan seperti biasa.“Pelik tak pelik orang kita, dalam media sosial bukan main mengutuk, menghina tapi bila jumpa siap nak bergambar bagai. Saya macam terkejut pun ada juga pada mulanya.
“Mungkin saya cakap tidak kisah tapi hati manusia siapa boleh tahan. Apabila baca komen-komen negatif orang, kita tertekan. Tapi saya tidak peduli, jangan kalah dengan kritikan ‘membunuh’ orang,” tegasnya.Menolak persepsi buruk masyarakat, dia sama sekali tidak pernah ‘menjual diri’ demi melariskan produk. Baginya, masing-masing ada tafsiran sendiri apabila menonton video-video yang dimuat naik.
Malah dia sama sekali tidak pernah minta untuk dipuji sebaliknya ingin agar netizen berhenti melontar kata-kata kesat terhadap ibunya. Kutuklah dia, bukan keluarganya.“Mama jiwa dia sensitif, apabila orang kutuk anak dia langsung tak boleh tidur. Malah ada juga yang kutuk dia tak pandai jaga anak. Jangan salahkan Mama… Mama ibu yang terbaik bagi kami.“Orang bukan kenal kita. Orang nak kutuk? Ada aku kisah, yang penting produk laku. Jangan mudah meletak hukum,“Yang alim ulama di laman sosial belum tentu lagi baik di dunia realiti,” katanya.-utusan

0 Response to "Atas bawah kendur geli aku! Kak KM dikecam belanja aksi 'terlampau' di facebook"
Post a Comment