Seorang model wanita dikecam hebat oleh netizen selepas memuat naik
gambarnya yang dianggap kurang sopan di Instagram miliknya.Beberapa
keping gambar dengan ‘pose’ berani iaitu berhijab sambil mengangkang
yang di muat naik oleh model tersebut ternyata mengundang kemarahan
serta kecaman daripada netizen.
melakukannya
hanyalah untuk tujuan suka-suka tetapi
tidak menyangka sama sekali dia akan dikecam sebegitu teruk oleh
netizen.Yaya turut memberitahu bahawa dia sedia maklum bahawa gambar
sebegitu
tidak sesuai untuk kalangan masyarkat di negara ini apatah lagi dia
memuat naik gambarnya yang bertudung sambil melakukan aksi
tersebut.Ianya menyebabkan dia teruk dikecam sehingga ada yang
menghantar DM (mesej langsung) menyindirnya dengan pertanyaan “buat
‘nasi kangkang’ ke” menyebabkan dia meletakkan kenyataan “Nasi kangkang
nak” sebagai membalas sindiran yang dilontarkan kepadanya.Yaya yang
merupakan anak kedua dari tiga beradik serta berasal daripada
Terengganu bagaimanapun telah memadam kenyataannya itu dan digantikan
dengan emoji selepas ditegur oleh majikannya yang tidak mahu ianya
berterusanmenimbulkan kekecohan di media sosial.”Saya turut dimarahi
oleh ahli keluarga akibat daripada gambar yang kurang sopan tersebut,”
kata Yaya.
Yaya juga turut memberitahu bahawa dia dalam mempertimbangkan untuk memadamkan semua gambar berkenaan apabila tiba masanya nanti tetapi buat masa sekarang dia ok sahaja cuma agak terkilan kerana rakan-rakannya sendiri turut mengecam tidakannya itu.Melalui kejayaannya dalam bidang perniagaan, beliau memberitahu bahawa dia telah menjadikan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya untuk berjaya
0 Response to "Asyik Kangkang, Hijabista Ini Teruk Dihentam Netizen"
Post a Comment