Semalam kecoh satu Malaysia apabila seorang bapa ditahan dan didakwa merogol serta meliwat anak gadisnya sebanyak 600 kali.
Kali ini, satu lagi kes yang menarik perhatian dan menaikkan kemarahan
rakyat tempatan dilaporkan berlaku kepada remaja perempuan juga Menurut The Star, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan kerana didakwa merogol adik kandungnya berusia 13 tahun.
Tertuduh dilaporkan telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak Oktober tahun lalu. Bagaimanapun, tiada seorang pun yang menyedari akan hal tersebut, sehinggalah baru-baru ini bapa mereka mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan remaja tingkatan 1 itu selepas melihat fizikal anaknya sudah berubah.Ingin tahu apa masalah yang berlaku kepada anaknya, lelaki itu membawanya ke hospital berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Pada ketika itulah dia menerima berita yang sangat mengejutkan di mana anak perempuannya itu disahkan mengandung tujuh bulan!Selepas didesak dan disoal siasat oleh ibu bapanya, gadis tersebut akhirnya mengaku bahawa apa yang berlaku berpunca dari abang sulungnya itu yang merogolnya selama ini.
Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof, mangsa mengaku dirogol lebih 10 kali ketika bapanya keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Berang dengan apa yang terjadi, ibu bapa remaja itu segera membuat laporan polis dan remaja lelaki berkenaan telah ditahan Selasa lalu pada jam 12.30 malam. Menurut pihak polis, remaja itu akan direman sehingga Ahad dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Terlampau ikutkan nafsu, hidup dalam penjara lah kau…
Tertuduh dilaporkan telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak Oktober tahun lalu. Bagaimanapun, tiada seorang pun yang menyedari akan hal tersebut, sehinggalah baru-baru ini bapa mereka mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan remaja tingkatan 1 itu selepas melihat fizikal anaknya sudah berubah.Ingin tahu apa masalah yang berlaku kepada anaknya, lelaki itu membawanya ke hospital berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Pada ketika itulah dia menerima berita yang sangat mengejutkan di mana anak perempuannya itu disahkan mengandung tujuh bulan!Selepas didesak dan disoal siasat oleh ibu bapanya, gadis tersebut akhirnya mengaku bahawa apa yang berlaku berpunca dari abang sulungnya itu yang merogolnya selama ini.
Berang dengan apa yang terjadi, ibu bapa remaja itu segera membuat laporan polis dan remaja lelaki berkenaan telah ditahan Selasa lalu pada jam 12.30 malam. Menurut pihak polis, remaja itu akan direman sehingga Ahad dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Terlampau ikutkan nafsu, hidup dalam penjara lah kau…
0 Response to "Remaja 13 Tahun Mengandung 7 Bulan Selepas Dirogol Abang Sulung Berusia 16 Tahun"
Post a Comment