Dato’ Vida Terima Resume Jejaka Scotland dan Finland Berhasrat Memperisterikannya








Tidak semua orang bernasib baik dalam perkahwinan dan mengalami fasa perceraian, malah ada juga yang tidak bernasib baik kerana jodoh tidak berpanjangan beberapa kali seperti usahawan terkenal Dato’ Seri Hasmiza Othman atau lebih glamor dengan nama Dato’ Vida.
Bagaimanapun, selepas berkongsi soal itu secara terbuka di mana dia sudah pun bercerai beberapa bulan lalu, Dato’ Vida akui ramai jejaka di luar sana yang cuba memikat hatinya.
Menurutnya ketika diwawancara Mstar, sehingga ke hari ini dia telah menerima sekurang-kurangnya 50 resume menerusi emel daripada jejaka yang meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.
Lebih mengejutkannya lagi, resume yang diterima bukan sahaja dalam kalangan jejaka di Malaysia tetapi juga dari luar negara!
“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh hati,” ujar Datuk Vida dalam nada berseloroh.
Apabila ditanya tentang ciri-ciri lelaki yang dimahukannya, Dato’ Vida menjawab bahawa individu tersebut perlu bermata kelabu, kaya serta boleh menerima hobinya iaitu suka membeli-belah.
“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu.”
Bukan lelaki je, perempuan pun pengsan dengar Dato.
Selain itu, dia juga akui mahukan lelaki yang setia, amanah, jujur, beriman, penyayang dan yang paling penting mampu membahagiakannya serta anak-anaknya.

Usahawan yang baru bergelar penyanyi itu juga akui belum ada pengganti dan akan lebih berhati-hati dalam mencari jodoh selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan.
“Buat masa ini belum ada pengganti tapi andai bertemu semula jodoh dan dia wajib seorang yang beriman, amanah, jujur dan penyayang.”




Menurut Dato’ Vida lagi, rumah tangganya yang ketiga tidak dapat diselamatkan akibat sudah tiada lagi persefahaman di antara mereka berdua. Dato’ Vida bernikah dengan Fairuz Ahmad Zainuddin, 39, pada Januari 2014 dan sah bercerai talak satu pada 7 April lalu di Mahkamah Syariah, Ipoh.
Siapa yang mahu rumahtangga tidak berkekalan kan. Kami doakan Dato’ Vida bertemu jodoh yang kekal hingga ke jannah selepas ini. sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Dato’ Vida Terima Resume Jejaka Scotland dan Finland Berhasrat Memperisterikannya"

Post a Comment