Wanita Dakwa Temui 20 Barangan Peribadi Milik Mangsa Tragedi MH370








Keberadaan pesawat MH370 masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini biarpun sudah hampir tiga tahun pesawat itu hilang. Sehingga kini, kedudukan pesawat malang itu masih belum diketahui walaupun sudah ada serpihan-serpihan yang diketemukan.

Terkini, seorang wanita di Perth, Australia mendakwa dia telah menemui barangan peribadi milik mangsa tragedi MH370 yang hilang pada Mac 2014.

Antara barangan yang ditemui oleh Sheryl Keen adalah kasut, selipar, beg tangan, dompet dan topi.

Sheryl bekerjasama dengan penyiasat amatur, Baline Gibson bagi mencari sebarang petunjuk yang mampu merungkai misteri kehilangan MH370.

"Dari mana lagi ia datang?

"Kami melihat sejumlah besar barangan peribadi yang ditemui adalah dalam keadaan yang sama dan semuanya ditemui di sepanjang pantai Riake di Madagascar.

"Dan kawasan tersebut menurut pakar yang merupakan lokasi berkemungkinan untuk mencari barangan pesawat itu," katanya sebagaimana lapor Dailymail.

Apa yang membuatkan Sheryl teruja adalah satu selipar berwarna perang yang dia percaya dipakai oleh seorang penumpang wanita berdasarkan rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari kejadian.

"Wanita dalam gambar memakai selipar dengan stokin putih," katanya.


"Malah pakar kaji laut memaklumkan bahawa kemungkinan besar barangan penumpang dan krew pesawat MH370 akan terdampar di kawasan pantai tersebut," katanya.

Sheryl, yang juga pengerusi Kumpulan Sokongan Kemalangan Udara Australia (ACSGA), berkata dia akan menyerahkan kesemua barangan itu kepada polis.

Sheryl menubuhkan kumpulan ACSGA selepas kematian suaminya dalam nahas pesawat pada 2009 dan berharap dapat membantu keluarga mangsa lain yang terlibat dalam tragedi serupa.

"Ketika MH370 hilang banyak kumpulan dalam talian telah diwujudkan.

'Saya menyertai kumpulan bersama-sama dengan Blaine dan kami bercakap tentang apa yang kami berdua lakukan.

"Blaine datang ke Australia dan dia keluar untuk mencari barang dan ada yang diserahkan kepada pihak berkuasa Madagascar dengan harapan ada rakyat Malaysia datang dan mengambilnya, namun tiada siapa yang berbuat demikian," katanya lagi.

Sumber: mStar OnlineSinar Online



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Wanita Dakwa Temui 20 Barangan Peribadi Milik Mangsa Tragedi MH370 "

Post a Comment