Peminat Kecam Ibu, Elfira Loy Sudah Putus Asa Isu Putus Tunang








Kalau sebelum ini bapa Elfira Loy tegas meminta Sufian Suhaimi tidak memanjangkan isu putus tunangnya anaknya, tapi kini ibu Elfira pula yang panjang lebar meluahkan rasa tidak puas hati, sekaligus mengiyakan andaian orang ramai, wang hantaran sebagai punca.

Bagai membuka pekung didada, Elfira tetap mempertahankan kenyataan ibunya di media sosial biarpun ramai mengkritik sikap ibunya yang dilihat masih tidak ‘move on’. Menerusi Instagram pula, Elfira meluahkan rasa putus asa.

Tidak pasti luahan itu ditujukan kepada peminat atau keluarganya sendiri namun ia jelas menunjukkan Elfira sudah penat melayan spekulasi mengenai isu pertunangannya yang masih menjadi perbalahan ramai. Bagaimanapun buat masa ini, Sufian masih berdiam diri mengenai perkara ini.

Sebelum ini menerusi Instastory, ibu Elfira ada menulis seolah menyindir Sufian mengenai wang hantaran yang tidak mampu ditunaikannya. Selain itu, ibunya juga ada menyebut mengenai sejarah Sufian sebelum ini yang pernah tinggalkan wanita lain sebelum mengambil anaknya.

Rasanya hal ini tidak akan berpanjangan kalau kedua pihak tidak terus meluahkan kenyataan di media sosial. Sebagai orang tua yang mempunyai anak selebriti pasti segalanya diperhatikan. Jika tidak mahu peminat ‘membawang’ kena berhati-hati apabila berkata-kata. (rtky/w)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Peminat Kecam Ibu, Elfira Loy Sudah Putus Asa Isu Putus Tunang "

Post a Comment