Lily James telah membuktikan dirinya
sebagai aktres yang disegani menerusi lakonan mantapnya menjayakan siri
Downtown Abbey dan filem Cinderella.
Namun siapa yang sangka, pelakon cantik
berusia 28 tahun ini pernah melakukan perkara yang dianggap paling
"kotor" ketika di awal kariernya.
Ketika temubual bersama majalah Dujour,
Lily James menceritakan pengalaman "terkotor" yang pernah dialaminya
saat ujibakat sebuah acara televisyen beberapa tahun lalu.
Aktres berasal dari England ini mengaku dia pernah sekali diarah mencium tiga lelaki dalam sehari.
"Ia sebuah siru TV Shakespeare," ujar Lily James ketika mula bercerita mengenai kenangan pahitnya tersebut.
"Saya harus mencium lelaki dan kami baru saja bertemu. Saya harus melakukan itu dengan tiga lelaki berbeza dalam satu hari."
Malangnya, meskipun telah berusaha melakukannya, Lily pada akhirnya tidak berjaya pada ujibakat tersebut.
Menyesal dengan apa yang telah
dilakukan, Lily James, mengatakan tidak akan sesekali melakukan perkara
tersebut itu untuk kali kedua.
"Saya berasa kotor, seperti, "Oh, aku
harus memberikan itu," dan kemudian mereka seperti "Okay, selamat
tinggal." Kamu berjalan keluar dan kamu berasa ditipu," tuturnya. "
"Saya tidak berjaya mendapat watak itu,
tetapi saya telah mencium tiga Bill Shakespeares dalam sehari. Saya
tidak akan melakukan itu lagi," katanya.
Dalam pada itu, Lily berkata dia sellau berasa gementar dan panik setiap kali mahu menjalani satu-satu ujibakat.
"Aku selalu harus memakai penutup leher setiap kali menjalani ujibakat kerana saya mengalami ruam. Saya sangat gugup," dedahnya.
Kini, Lily James dalam persediaan
kembali beraksi di layar perak selepas kali terakhir membintangi filem
Cinderella kira-kira dua tahun lalu. Tahun ini, dia bakal membintangi
membintangi dua filem iaitu Baby Driver dan satu lagu bertajuk, Darkest
Hour.malaysiandigest
0 Response to "Lily James Dipaksa Cium Tiga Lelaki Dalam Sehari"
Post a Comment